Sunday 27 November 2011

Ciri- Ciri Murid Pemulihan Khas

     Sebagai guru yang baru sahaja memegang kelas Pemulihan Khas ini, saya pada mulanya tidak berapa jelas dengan murid yang bagaimanakah yang dikategorikan sebagai murid Pemulihan Khas. Malah, ada juga rakan guru yang lain yang menyalahtafsirkan pelajarPemulihan Khas dengan Pendidikan Khas.Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan serta mereka yang masih lagi belum jelas dengan kanak-kanak kelas Pemulihan Khas ini.



Siapakah Murid Pemulihan?
"kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan juga kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa."
                                                -AE Tansley dan R. Culliford-
" kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami perkara-perkara yang abstrak"
                                              -M.F Clough-



Untuk mengenalpasti murid yang perlu mengikuti kelas Pemulihan Khas memerlukan guru membuat pengamatan yang teliti terhadap murid tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

       i) emosi dan tingkah laku
       ii) sosial
      iii) kesihatan
      iv) kesediaan belajar
       v) pengamatan

Emosi dan Tingkah laku
1. Perasaan rendah diri.
2. Perasaan risau.
3. Sedih/hiba/ duka.
4. Cepat bosan/ jemu terhadap pelajaran.
5. Takut dengan perkara baru.
6. Degil, tidak patuh arahan.
7. Pasif.
8. Malas.

Sosial
1. Gelisah- tidak selesa dengan guru atau rakan.
2. Lemah/ kurang interaksi dengan rakan.
3. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
4. Gemar menghisap atau menggigit jari atau kuku..
5. Selalu mengangis/ enggan masuk kelas.
6. Hyper aktif - selalu bergerak dan ganggu kawan.

Kesihatan
1. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
2. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
3. Tumpuan perhatian terhad-masalah penglihatan.
4. Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
5. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
6. Kurang menjaga kebersihan diri.

Kesediaan Belajar
1. Belum bersedia untuk belajar.
2. Kurang perbendaharaan kata.
3. Lemah pemahaman.
4. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
5. Kurang matang- IQ tidak seimbang dengan usia

Pengamatan
1. Tidak kenal perbezaan saiz, bentuk, warna dan turutan.
2. Lemah pendengaran bunti dan rentak.
3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.
4. Lambat mengkelas benda.
5. Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang baru.
6. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
7. Sukar mengambil bahagian dalam permainan, tidak faham peraturan/ undang-undang.
8. Tidak kreatif.
9. Lemah daya pemikiran.
10. Tidak boleh atau lemah daya ingat kembali.



No comments:

Post a Comment