Tuesday 29 November 2011

Rancangan Tahunan Pemulihan Khas

Rancangan Tahunan Pemulihan Khas

Monday 28 November 2011

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas

Antara sikap yang perlu dimiliki oleh guru pemulihan khas ialah:

  • SIMPATI
  • EMPATI
  • DEDIKASI

Peranan Guru Pemulihan Khas:

Peranan Sebagai Penilai
1. Menyediakan dan menjalankan ujian untuk mengenalpasti murid- murid yang memerlukan 
    pemulihan.
2. Menyediakan dan menjalankan ujian untuk mengenalpasti masalah pembelajaran.
3. Menyedia dan menjalankan penilaian berterusan dan merekodnya.

Preskriptif
1. Merancang, menyelia dan melaksana program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah  pembelajaran tertentu.
2. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

Pengajaran
1. Mengajar dan membantu murid yang lambat menguasai 3M.
2. Mengajar bersama-sama guru mata pelajaran seperti team teaching / guru pendamping jika perlu.

Khidmat Bantu
1. Membantu guru-guru merancang dan membuat penambahbaikan aktiviti dan bahan-bahan p&p.
2. Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapai masalah 3M.

Perhubungan
1. Berbincang dengan ibu bapa tau penjaga untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
2. Mengajukan cadangan- cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas
1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid yang lemah yang dicalonkan oleh guru kelas. (keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid tahap 1)

2. Menjalankan kerja rutin sepanjang tahun:
  • Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan program pemulihan.
  • Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran serta bahan-bahan pemulihan (ABM)
  • Mengatur jadual waktu untuk pengajaran kelas pemulihan.
  • Mengajar sebagai guru pendamping untuk membantu guru matapelajaran asas.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru, ibu bapa, penjaga, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid-murid.

4. Melaksanakan penilaian dna merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan.
  • Laporan prestasi murid (ujian formatif dan sumatif)
  • Ujian pelepasan LINUS (murid LINUS tegar)
5. Menyediakan fail individu bagi murid pemulihan. Fail individu murid mengandungi:
  • Borang Pencalonan
  • Borang Latar Belakang Murid
  • Borang Pengumpulan Maklumat
  • Ujian Saringan dna Dianogstik
  • Lembaran Kerja
  • Hasil penilaian yang telah dijalankan
  • Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid
6. Menubuhkan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas.

7. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah dimana keadaan memerlukan.

8. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid pemulihan di sekolah.



        

    Sunday 27 November 2011

    Ciri- Ciri Murid Pemulihan Khas

         Sebagai guru yang baru sahaja memegang kelas Pemulihan Khas ini, saya pada mulanya tidak berapa jelas dengan murid yang bagaimanakah yang dikategorikan sebagai murid Pemulihan Khas. Malah, ada juga rakan guru yang lain yang menyalahtafsirkan pelajarPemulihan Khas dengan Pendidikan Khas.Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan serta mereka yang masih lagi belum jelas dengan kanak-kanak kelas Pemulihan Khas ini.



    Siapakah Murid Pemulihan?
    "kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan juga kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa."
                                                    -AE Tansley dan R. Culliford-
    " kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami perkara-perkara yang abstrak"
                                                  -M.F Clough-



    Untuk mengenalpasti murid yang perlu mengikuti kelas Pemulihan Khas memerlukan guru membuat pengamatan yang teliti terhadap murid tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

           i) emosi dan tingkah laku
           ii) sosial
          iii) kesihatan
          iv) kesediaan belajar
           v) pengamatan

    Emosi dan Tingkah laku
    1. Perasaan rendah diri.
    2. Perasaan risau.
    3. Sedih/hiba/ duka.
    4. Cepat bosan/ jemu terhadap pelajaran.
    5. Takut dengan perkara baru.
    6. Degil, tidak patuh arahan.
    7. Pasif.
    8. Malas.

    Sosial
    1. Gelisah- tidak selesa dengan guru atau rakan.
    2. Lemah/ kurang interaksi dengan rakan.
    3. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
    4. Gemar menghisap atau menggigit jari atau kuku..
    5. Selalu mengangis/ enggan masuk kelas.
    6. Hyper aktif - selalu bergerak dan ganggu kawan.

    Kesihatan
    1. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
    2. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
    3. Tumpuan perhatian terhad-masalah penglihatan.
    4. Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
    5. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
    6. Kurang menjaga kebersihan diri.

    Kesediaan Belajar
    1. Belum bersedia untuk belajar.
    2. Kurang perbendaharaan kata.
    3. Lemah pemahaman.
    4. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
    5. Kurang matang- IQ tidak seimbang dengan usia

    Pengamatan
    1. Tidak kenal perbezaan saiz, bentuk, warna dan turutan.
    2. Lemah pendengaran bunti dan rentak.
    3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.
    4. Lambat mengkelas benda.
    5. Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang baru.
    6. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
    7. Sukar mengambil bahagian dalam permainan, tidak faham peraturan/ undang-undang.
    8. Tidak kreatif.
    9. Lemah daya pemikiran.
    10. Tidak boleh atau lemah daya ingat kembali.