Sunday, 9 October 2011

Pengenalan Program Pemulihan Khas

Definisi Program Pemulihan Khas: "Merupakan satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan 3M (membaca,menulis dan mengira)yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dilaksanakan oleh guru yang khusus di tempat yang khusus."

Definisi Murid Pemulihan Khas: "Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan asas 3M yang kompleks disebabkan faktor persekitaran dan bukan kognitif.

Matlamat: Program Pemulihan Khas ini diperkenalkan adalah untuk memastikan murid yang berada di tahap 1 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Objektif :
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
i) Menguasai kemahiran asas 3M
ii) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
iii) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran